Taat Setia


MARI BERJUANG UNTUK BANGSA
September 30, 2010, 10:53 pm
Filed under: Uncategorized

Anda mungkin sang pejuang bangsa. Anda mungkin punyai tahap kesedaran yang tinggi tentang perlunya memajukan bangsa, supaya tidak diinjak, tidak diperlekeh, tidak ditipu dan diambil kesempatan. Andalah yang paling sejati dan murni dan yakin arah perjuangan bangsa.

Tapi, tak perlu lah anda berjuang dengan cara murahan. Tak perlu la mencerca dan menghina orang atau bangsa lain. Tak perlu la anda berkokok mengguna kata kesat dan keji kepada orang lain. Walau anda kata dia bodoh, mata sepet dan kaki botl pon, bangsa anda tak akan maju sebab yang perlunya untuk majukan bangsa ialah ialah pendidikan dan ksedaran tentang betapa penting nya bangsa kita ini mengambil tindakan memajukan diri sendiri. Bodoh pon kita kata orang lain, sepet pon mata mereka dan membotol pon perut mereka tidak akan ada apa-apa kesan kepada kemajuan bangsa kita yang kita sayangi…

Pokok nya ialah kesedaran dari kita dan kemahuan untuk bertindak. Botol pon mereka, sepet pon mata mereka tidak akan memberi kesan kepada jumlah anak kita yang menghisap dadah, yang tidak berperkerjaan, yang tidak berpendidikan, yang suka kelakuan sumbang dan sebagainya.

Ambik tindakan dan aku kami semua julang anda seperti kami menjulang wira-wira kami terdahulu.

Advertisements