Taat Setia


MARI BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
April 21, 2010, 6:03 pm
Filed under: Uncategorized

Aku suka bila kerajaan arahkan bebudak 18 tahun datang satu kem untuk membentuk mereka ke arah menjadi satu bangsa yang kohesif dan bersatu-padu. Bagus sekali idea tu. Mereka dikenalkan dengan kehidupan yang serupa, diajar tentang ketahanan bangsa, kekuatan masyarakat berbilang-kaum dan nilai-nilai cinta negara.

Dalam melaksanakan projek ini, banyak kerajaan perlu buat perbelanjaan.  Buat uniform, cater makanan. sewa kepada kem latihan, bas pengangkutan, tenaga pengajar.. dan segala-galanya yang lain. Adakah di mana-mana dinyatakan kos tanggungan kerajaan bagi program ni setiap tahun?

Apa kata kenal pasti rumah orang cacat, orang tua, anak yatim, pemulihan akhlak, masjid, tokong, kuil, taman bunga, balai raya, dewans erba guna, taska kerajaan, perpustakaan dan keperluan tenaga mereka dalam setahun. Dan kita hantarkan bebudak ni bagi khidmat sukarela mengurus sama tempat-tempat tersebut secara berjadual tanpa putus dalam setahun.. OK dak?

Tapi tak tau la sama banyak tak belanja kerajaan dan kesan yang dinginkan tu..



Selamat datang dan berubat
April 13, 2010, 5:35 pm
Filed under: Uncategorized

Iye la Medical Tourism tu bagus. Bawak pelancong datang Malaysia, beri bisnes kepada sektor perubatan swasta, hotel peginapan lagi, perbelanjaan, tukaran wang asing. Lagi satu kemudahan perubatan kita setanding dengan Singapura atau negara maju tertentu walaupun kos yang dikenakan ialah lebih bernilau atau MURAH.

Jangan la kita terlupa. Esok jumlah pesakit asing meningkat dan terus meningkat, dan akan terus meingkat. Sekarang kenaikan 30 peratus, esok lusa nak meningkat lagi? Kemudian akan wujud lebih banyak hospital dibuat. Duit dari luar pon masuk samada nak invest baru(jarang-jarang) atau nak take over yang sedia ada.  Lama kelamaan dengan kemasukan modal luar, segala perkhidmatan pon perlu la dikena kos setanding di luar negara, mencanak naik supaya pelabur mampu membayar balik pinjaman modal untuk melabur. Lama-lama kos perubatan pon naik. Ufti doktor pon naik. Nurses pon semakin berkurang kerana terlalu banyak pusat perubatan tumbuh bagai cendawan. Kualiti pon kurang apatah lagi tenaga kerja diambik dari luar. Overhead kurang, tapi profit tinggi sebab setanding kos di luar negara.

Lama-lama Bapak aku sakit perut pi klinik atau sepital terdekat, depa halau sebab bapak aku tak mampu nak bayar setaraf antaranbangsa. Sial je jadinya.



Tolong la orang Melayu
April 12, 2010, 9:59 pm
Filed under: Uncategorized

Kadang aku teringin nak melihat bagaimana orang Melayu dibantu oleh DEB ini. Tolong la rujukkan aku kepada mana-mana risalah atau dokumen yang sudah diterbitkan. Siarkan lah dalam akhbar atau majalah yang aku suka baca. Mana dia kesah-kesah kejayaan membantu individu  melayu menjadi seorang yang berjaya. Yang katanya menjadi asas DEB itu.

Kerana yang aku tau sehingga kini, aku masih tidak tau kecuali apa yang aku alami sendiri. Hidup aku lebih baik dari ibu-bapa dan adik-adik lain kerana aku diberi peluang menerima biasiswa kerajaan untuk melanjut pelajaran dan mendapat kerja yang sesuai. Bapak dan adik-beradik aku yang lain masih macam gitu juga. Aku anggap aku dapat peluang belajar lebih jauh sebab kerajaan kesian dengan aku orang melayu yang miskin dan diberi pelajaran tambahan dan biasiswa tanggungan kerajaan. Tapi aku belajar juga lebih dari adik-beradik aku yang lain. Maknanya pemberian biasiswa kepada aku kerana pencapaian akademik aku lebih dari adik yang lain. Maknanya sini ada ka elemen pertimbangan secara MERIT.

Cumanya aku nak lihat kejayaan dilapangan lain. Perniagaan misalnya. Macam mana aku nak tengok kejayaan individu orang Melayu yang kalau tanpa dorongan kerajaan mungkin tidak akan berjaya. Yang aku perasan, aku bukan pandai dalam hal ni, tapi yang aku tau dan terbaca ialah konglomerat besar Melayu dengan saham berjuta-juta, paid up capital jutaan dollar atau ringgit yang amat bergaya ke sana sini. Tapi mungkin semua tu adalah dalam 5 ribu orang Melayu di negara ini manakala yang selebihnya ada lagi 12.595 juta lagi. Makcik jual kueh? Pakcik bawak teksi? Abang nasi lemak?

Boleh tak siarkan maklumat abang-abang dan pakcik-pakcik yang buat kilang buat tukul besi, buat botol kicap, bikin sudu garpu, pinggan mangkuk, beg, kerusi meja, cermin tingkap, batu bata, ubat nyamuk, biskut, kasut, roti, stokin, tiub basikal,  telefon, wayar letrik, skrew, paku, kertas A4, pensil, kertas tisu. Adakah orang melayu yang membuat benda-benda ini. Yang mendapat duit kerajaan di bawah apa sahaja namanya DEb tu yang bangsa lain iri hati sangat? yang kalau raya cina, aku susah nak beli kat kedai.

Yang aku tau, Melayu kaya-raya dapat jadi chairman sana-sini. Bila kerajaan float syarikat kerajaan, tumpukan pemberian saham kepada orang melayu. Ini la yang 5 ribu orang tu yang berpeluang selalu. Bisnes juta-juta. Takda kena mengena dengan individu Melayu yang pi kedai cina beli lilin, beli tepung dan kertas bungkus hadiah.

So, boleh ke aku semak kat mana-mana maklumat kejyaan tersebut supaya aku boleh fotostet besar-besar dan kata kan KAU NAMPAK NI? INI DIA SUMBANGAN DEB KEPADA ENGKAU ORANG. INI DIA YANG BUAT BANGSA LAIN TU IRIHATI. Ada ke takda data tu.

Aku bukan apa. Aku takut kalau benda-benda ni takda atau tak diberitahu, esok lusa adik-adik aku yang kecik-kecik tu dah besar, hidup selesa sikit, nanti depa lupa dan turut sama iri hati seolah mereka ni pon bangsa lain. Mula la pikir tak ada paedah ke benda benda macam DEB ni kepada mereka. Lain jadinya mereka tu nanti.