Taat Setia


Hewan
December 2, 2009, 11:06 pm
Filed under: Uncategorized

Nelayan Jepun dan Norway menangkap dan  melapah ikan paus atas nama kajian saintifik. Sementara itu, bangsa Sepanyul terus menerus membunuh lembu jantan di khalayak umum atas nama tradisi dan sukan. Orang Kanada pula membunuh anjing laut dengan menggunakan belantan kerana itu adalah cara hidup tradisional kaum Inuit.

Orang Islam nak sembelih ayam. Eh.. itu sangat tak berperi-kemanusian. Mana boleh kita manusia bertamadun bersikap begitu terhadap haiwan. Harus guna kejutan elektrik supaya mereka tidak  menderita kesakitan sebelum nyawa mereka melayang.

Kita ini kan lebih berakal katanya.



Minaret
December 2, 2009, 6:55 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

Apakah alasannya orang Islam tak buleh bina minaret yang merupakan sebahagian dari bangunan tempat ibadah. Katanya tidak memenuhi cita rasa seni bina di persekitaran yang lebih kepada bangunan senibina berasaskan keagamaan yang lain yang lebih mendominasi kawasan sekeliling.

Dia kata kita ni kolot, tak berpikiran luas, sempit dan tidak dapat menerima pandangan orang lain. Tapi keputusan ni apa yang cuba diberitahukan? Ugama kita ni tak layak dianut di tanah mereka? Tapi mereka mahu kita membuka pemikiran dan sikap kita kepada prinsip universal seperti kebebasan berugama? Ini apa ni?

Hairan… hairan. Ini macam dan seolah berkata, eh kau tak boleh berak di tandas kami sebab kau cuci bontot guna air manakala kami cuci bontot dengan kertas selet.

Entah la….