Taat Setia


Minaret
December 2, 2009, 6:55 am
Filed under: Uncategorized | Tags:

Apakah alasannya orang Islam tak buleh bina minaret yang merupakan sebahagian dari bangunan tempat ibadah. Katanya tidak memenuhi cita rasa seni bina di persekitaran yang lebih kepada bangunan senibina berasaskan keagamaan yang lain yang lebih mendominasi kawasan sekeliling.

Dia kata kita ni kolot, tak berpikiran luas, sempit dan tidak dapat menerima pandangan orang lain. Tapi keputusan ni apa yang cuba diberitahukan? Ugama kita ni tak layak dianut di tanah mereka? Tapi mereka mahu kita membuka pemikiran dan sikap kita kepada prinsip universal seperti kebebasan berugama? Ini apa ni?

Hairan… hairan. Ini macam dan seolah berkata, eh kau tak boleh berak di tandas kami sebab kau cuci bontot guna air manakala kami cuci bontot dengan kertas selet.

Entah la….

Advertisements


CLIMATE CHANGE
November 30, 2009, 6:32 pm
Filed under: Uncategorized | Tags:

Kebanyakan negara-negara Barat/maju tidak mahu membuat komitmen penting dalam usaha mengurangkan pelepasan gas-gas rumahhijau kerana khuatir ia akan menbebankan ekonomi mereka. 50 tahun dari sekarang, apabila mereka telah dapat menguasai teknologi hijau dengan berkesannya, mereka akan mula memaksa negara-negara membangun untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumahhijau mereka kerana dunia perlu menjaga alam sekitar yang semakin merosot dan hanya dengan membeli teknoloji hijau dari negara Barat sahaja, dunia akan dapat diselamatkan.

Samalah macam sekarang, jangan tebang pokok. Bila kita tebang pokok dan ganti dengan pokok kelapa sawit, itu pon tak juga betul. Pokok-pokok mereka mana? Hasil-hasil negara kita yang di tebang, lombong dan jual dulu tu macam mana?

Standar Ganda nampaknya ni…



Hello world!
November 17, 2009, 6:04 pm
Filed under: Uncategorized

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!